Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kahwin mangsa tak akan selamatkan perogol, kata polis
Diterbitkan:  Apr 14, 2017 6:06 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Polis berkata lelaki yang didakwa merogol seorang gadis berusia 13 tahun tidak akan terlepas meskipun jika dia mengahwini mangsa itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Kuching Abang Ahmad Abang Julai bagaimanapun tidak dapat mengesahkan jika suspek berusia 20 tahun itu menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis itu atau jika kedua-dua mereka sedang bercinta.

"Tidak kira, jika pun dia mahu berkahwin dengan gadis itu, bukan bermakna dia boleh terlepas daripada hukuman. Gadis itu bawah umur jadi ini masih dianggap kes rogol," katanya.

Menurut laporan New Sarawak Tribune, lelaki itu ditangkap di Kuching semalam.

Semasa disoal siasat, lelaki itu dilaporkan memberitahu polis bahawa dia akan berkahwin dengan mangsa.

Artikel berita itu berkata, sebelum penahanan tersebut, satu laporan polis dibuat selepas ibu mangsa membawa gadis itu ke klinik selepas dia mengadu sakit perut.

Pemeriksaan perubatan yang dijalankan kemudiannya mendapati bahawa gadis itu hamil.

Laporan itu tidak menyebut sama ada kedua-dua mereka sedang bercinta mahupun hubungan seks dilakukan dengan kerelaan.

Mengikut undang-undang, hubungan seks dengan gadis bawah umur yang dibenarkan - iaitu 16 tahun di Malaysia - diklasifikasikan sebagai rogol.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS