Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
18 kes gangguan seksual di sekolah sejak tiga tahun lalu
Diterbitkan:  Apr 15, 2017 3:00 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Terdapat 18 laporan polis dibuat berhubung kejadian buli dan gangguan seksual terhadap pelajar di sekolah dari 2015 hingga Januari tahun ini melibatkan 14 perempuan dan empat  lelaki.

Kementerian Pendidikan dalam jawapan bertulis di Parlimen bertarikh 3 April berkata, sembilan daripada mangsa berusia di atas 18 tahun, lima orang berumur antara 14 dan 12 tahun, tiga orang berusia antara 17 dan 15 tahun, manakala seorang di bawah 11 tahun.

Daripada 18 laporan polis dibuat, enam kes dilaporkan di Selangor, yang mana lima kes berlaku pada 2015 dan satu kes pada tahun lepas.

Terdapat tiga laporan dibuat di Kuala Lumpur dan tiga di Negeri Sembilan, dan setiap satu di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

"Statistik bagi tahun 2013, 2014 dan 2017 tiada laporan polis dibuat ke atas kes gangguan seksual di sekolah," kata kementerian itu dalam jawapan kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai),

Nurul Izzah meminta kementerian berkenaan menyatakan jumlah kes buli dan gangguan seksual di sekolah mengikut negeri, jantina dan kaum dari 2013 hingga 2017 dan jumlah kes pendakwaan di mahkamah.

"Kementerian memandang serius dan sentiasa komited dalam menangani kejadian jenayah gangguan seksual di sekolah yang mana ia bukan sekadar mencalarkan maruah tetapi menyebabkan trauma yang berpeanjangan kepada mangsa," ujar kementerian berkenaan.

 

Lihat Komen
ADS