Dua kakitangan Hospital Sik parah dalam kemalangan
Diterbitkan: Apr 16, 2017 2:20 PM | Dikemas kini: Apr 16, 2017 2:23 PM
Enam kakitangan perubatan Hospital Sik cedera dengan dua daripada mereka parah dalam kemalangan di Kilometer 70.3 Lebuhraya Utara-Selatan di Pendang menghala ke Alor Setar.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.53 pagi tadi.
"Kita dapati kenderaan jenis Toyota Fortuner milik Kementerian Kesihatan Malaysia terbalik dan terdapat enam mangsa di dalamnya. Semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan tiga daripada mereka dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya dalam kenyataan. -Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.