Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta pemaju yang bercadang memulakan projek-projek pembangunan di kawasan perumahan di Keramat, Kuala Lumpur supaya menyediakan pilihan mampu milik kepada penduduk.

Menjawab dakwaan bahawa kawasan itu akan dibangunkan dengan projek-projek mewah, Johari menegaskan bahawa projek yang dirancang di kawasan itu perlu bersesuaian dengan kemampuan penduduk.

"Kita tak mahu mereka (pemaju) buat kondo mewah menyebabkan tuan puan tak boleh beli," katanya kepada penduduk projek perumahan Seri Perlis 2 di Kuala Lumpur hari ini.

Johari, yang juga Menteri Kewangan II, berkata beliau telah memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan perdana menteri bahawa kawasan itu adalah untuk golongan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur.

"Kalau ada mana-mana pemaju yang ingin bangunkan kawasan ini mesti penuhi citarasa dan penduduk tempatan," kata Johari.

Beliau juga memberi jaminan kepada penduduk bahawa mereka tidak akan diusir dari kawasan itu.

"Kalau kata kena halau, cakap dan datang jumpa wakil rakyat. Kalau saya tak bersetuju dia (pemaju) tak boleh nak bangunkan, kena dapat persetujuan semua penduduk," katanya.

Sekiranya penduduk dipindahkan ke kawasan lain, Johari berkata mereka perlu dipindahkan ke projek perumahan sedia ada.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS