PM: Selangor maju kerana kerajaan pusat
Kerajaan Selangor mesti menerima hakikat bahawa pencapaiannya untuk muncul sebagai sebuah maju, banyak bergantung kepada peranan kerajaan pusat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan Selangor mesti menerima hakikat bahawa pencapaiannya untuk muncul sebagai sebuah maju, banyak bergantung kepada peranan kerajaan pusat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Oleh itu, kata beliau, Selangor yang akan mengisytiharkan negeri itu sebagai negeri maju bulan depan, mesti memperakui bahawa negeri itu mendapat manfaat besar daripada projek-projek kerajaan persekutuan.
"Kita menempatkan banyak institusi pendidikan tinggi, banyak institusi penyelidikan dan pembangunan, di Selangor. Ada rangkaian jalan dan lebuh raya yang baik.
"Selangor telah mendapat banyak manfaat daripada semua ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Media Mssa 2005 anjuran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, di Putrajaya hari ini.
Abdullah menegaskan demikian ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan taklimat Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo Selasa lalu mengenai cadangan mengisytiharkan Selangor sebagai negeri maju.
Sumbangan pusat
Mohamad Khir melaporkan bahawa Abdullah menyifatkan kemajuan Selangor sebagai produk pertama Wawasan 2020.
Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri memberitahu sidang akhbar hari ini bahawa pembangunan sebahagian besar negeri ini yang dikenali sebagai Lembah Klang merupakan hasil sumbangan kerajaan persekutuan.
Hasilnya, beliau berkata, Selangor dapat melahirkan tokoh-tokoh yang lebih baik yang merupakan bukti kejayaan dan prestasinya.
"Mereka memang menyedari bahawa mereka telah mendapat manfaat menerusi pelbagai cara daripada pembangunan dan projek-projek kerajaan pusat," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.