Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan kes Siti Noor Aishah pada 2 Mei ini
Diterbitkan:  Apr 18, 2017 12:37 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 2 Mei ini untu menyampaikan keputusan berhubung kes seorang pelajar sarjana Siti Noor Aishah Atan, yang didakwa memiliki 12 buku yang berkaitan dengan kumpulan militan IS.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samad membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

"Mahkamah perlukan masa untuk meneliti kes itu,” katanya.

Oleh itu, mahkamah menetapkan 2 Mei untuk menyampaikan keputusan.

Pada September tahun lalu, Siti Aishah, 29, dibebaskan oleh Shariff daripada pertuduhan itu tetapi ini membawa kepada penangkapannya di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959 di mana beliau ditahan selama 60 hari.

Dilaporkan bahawa selepas pembebasannya dari Poca, alat peranti pengawasan elektronik dipasang ke atasnya.

Pihak pendakwaan kemudiannya membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan yang mengarahkan Siti Aishah untuk membela diri.

Peguam bekas pelajar itu, Mohd Kamaruzaman A Wahab memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak tahu bahawa buku-buku itu berkaitan dengan IS dan memerlukanya untuk tujuan penyelidikannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS