Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M pecah belahkan orang Melayu, kata PAS
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 8:45 AM
Dikemaskini: 12:48 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu 'melihat cermin' terlebih dahulu sebelum menuduh PAS sebagai punca pepecahan masyarakat Melayu, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Idris berkata, pemerintahan sebagai perdana menteri oleh pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selama 22 tahun menyaksikan banyak insiden pepecahan dalam masyarakat.

Katanya, di bawah Mahathir, persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan dengan pecahan dalam kerusi Melayu sehingga menyebabkan keretakan dalam masyarakat itu.

Ia selepas peralihan sokongan Melayu yang agak besar terhadap BN pada pilihan raya umum 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada tahun sebelumnya, katanya.

"Bukankah perpecahan masyarakat Melayu berlaku di bawah kamu, Tun? Selama 22 tahun kamu berkuasa, tiga timbalan perdana menteri diketepikan. Ia membawa kepada Team A dan Team B dalam Umno dan Umno diisytiharkan haram.

"Semasa pemerintahan kamu lahirnya Semangat 46 dan PKR dan bukanlah pada masa kamu juga royalti minyak Terengganu dibatalkan?" tanya Idris.

Semangat 46, parti serpihan Umno telah ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar Mahathir selepas beliau tewas pada pilihan raya parti yang penuh dengan penyelewengan. Ia membawa kepada pembatalan pendaftaran Umno.

Jelmaan pertama PKR adalah Parti Adil yang ditubuhkan oleh para penyokong Anwar. Kedua-duanya, Semangat 46 dan Adil mendapat sokongan daripada orang Melayu yang tidak lagi bersama Umno.

Timbalan perdana menteri yang pertama meletakkan jawatan di bawah Mahathir ialah Tun Musa Hitam pada tahun 1986, memetik ketidak sefahaman sebagai sebab dengan diikuti dengan Tun Ghafar Baba.

Ghafar digantikan dengan Anwar selepas beliau tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 1993.

Anwar yang telah dibawa masuk ke dalam Umno pada tahun 1982 telah dilihat sebagai pengganti yang disukai Mahathir.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS