Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Malapetaka jika tiada kutipan sampah di kawasan BN?'
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 9:25 PM
Dikemaskini: 1:29 PM

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang, Edry Faizal Eddy Yusof berkata akan menjadi malapetaka jika majlis-majlis kerajaan tempatan yang di bawah kawalan negeri-negeri Pakatan Harapan meniru tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan hanya menyediakan perkhidmatan kutipan sampah mengikut garis politik.

Bagaimanapun, menurut Edry Faizal yang juga adalah Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, tindakan itu bukan amalan oleh HARAPAN yang berlaku adil dalam menyediakan perkhidmatan dan peruntukan berdasarkan keperluan.

"Di mana ada keperluan maka di situ peruntukan atau bantuan akan disalurkan. Saya percaya ini juga merupakan amalan di mana-mana kerajaan tempatan di dalam negeri yang ditadbir Pakatan Harapan.

"Jika sikap buruk Menteri KPKT, Noh Omar ini ditiru oleh PBT, dan kutipan sampah hanya dilakukan mengikut kecenderungan politik sesuatu kawasan, bukankah mala petaka jadinya?" soalnya dalam satu kenyataan media, hari ini,

Edry Faizal berkata dalam kes Majlis Perbandaran Selayang, kerusi DUN Kuang dimenangi oleh calon BN tetapi ia masih menerima layanan yang sama seperti kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Harapan.

Beliau mengulas keputusan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas.

Melalui pekeliling oleh Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 17 Mac, semua projek BP 1 yang merujuk kepada projek-projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas dibatalkan.

Noh Omar mengambil alih kementerian itu pada Jun tahun lalu.

Edry Faizal mendakwa langkah itu adalah satu percubaan yang terdesak oleh Noh Omar, yang juga Pengerusi BN Selangor, untuk merampas negeri itu dan menjadi menteri besar.

“Jika beginilah sikapnya, seharusnya dia ditewaskan terus dalam pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Menurutnya, terpulang kepada rakyat untuk melihat kerajaan yang jujur mengembalikan kekayaan negara kepada yang berhak tanpa mengira kencederungan politik dan siapa yang menyalahgunakan kekayaan negara untuk kesenangan politik mereka sendiri.

Sementara itu, Muhammad Shakir Ameer, ahli majlis dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), mengutuk apa yang dipanggil sebagai tindakan "tidak matang" menteri berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS