Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kumpulan reformasi pilihan raya (BERSIH) mencadangkan wang deposit dikenakan ke atas mereka yang menimbulkan bantahan terhadap senarai pengundi bagi mengelakkan ia disalahguna.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, walaupun bantahan terhadap pendaftaran pengundi adalah hak asasi, terdapat peningkatan terhadap bantahan dan banyak yang "tidak masuk akal".

"(Sering), orang yang membantah langsung tidak peduli untuk muncul dalam pendengaran. Itu tidak bertanggungjawab, terutamanya jika subjek ternyata seorang pengundi tulen.

"Pembantah perlu menghadapi beberapa akibatnya," kata Maria kepada Malaysiakini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pendengaran secara berkala di mana pembantah - boleh menimbulkan bantahan terhadap maksimum 20 pengundi pada satu-satu masa dan boleh mengemukakan kesnya untuk membatalkan kelayakan pengundi.

Pengundi yang merupakan subjek bantahan boleh memperoleh RM100 daripada orang yang membuat bantahan itu, jika pendengaran memutuskan bahawa bantahan adalah tidak sah.

Bagaimanapun, pampasan RM100 ini hanya boleh diambil jika pembantah hadir semasa perbicaraan. Pengundi-pengundi yang tidak hadir dalam pendengaran boleh dipotong dari senarai pengundi.

Salahguna proses

Maria berkata, seseorang pembantah harus dikenakan wang deposit RM200 sebagai jamninan bagi setiap bantahan, yang hanya boleh dibayar balik jika bantahan adalah sah.

"Jika pengundi tidak tulen, pembantah ambil balik wang. Jika pengundi tulen, pengundi itu mendapat wang," katanya.

Kemarahan tercetus selepas pengundi baru yang muncul dalam satu pendengaran awam oleh SPR Selangor Isnin lalu mendapat tahu individu yang membuat bantahan terhadap mereka tidak hadir dalam sesi berkenaan.

Walaupun kebanyakan pengundi mampu mengenepikan bantahan dan mendapat RM100, sesetengah mereka kecewa kerana tidak dibenarkan bertanya mengenai siapa yang memfailkan bantahan terhadap mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS