MITI: Kereta tempatan lebih murah dari kereta import
Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri hari ini menjelaskan bahawa hanya sejumlah 17,455 kereta import berkapasiti 1800 cc ke bawah yang boleh dikatakan bersaing dengan kereta nasional pada tahun lalu.
Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri hari ini menjelaskan bahawa hanya sejumlah 17,455 kereta import berkapasiti 1800 cc ke bawah yang boleh dikatakan bersaing dengan kereta nasional pada tahun lalu.
Timbalan menterinya, Datuk Ahmad Husni Hanaziah berkata persaingan itu bagaimanapun hanya dari segi enjin dan bukannya dari segi harga, kerana perbezaan harga masih wujud untuk menjaga kepentingan kereta-kereta nasional.
"Bila kita banding dari segi harga kereta import dengan kereta kita, umpamanya Proton yang mempunyai kapasiti enjin yang sama, harganya lebih RM6,000 hingga RM18,000 bagi sesebuah kereta.
"(Jadi) kalau kita lihat dalam konteks harga, maka kereta kita lebih kompetitif jika dibandingkan dengan kereta import yang kapasiti enjinnya sama," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Sharipah Aminah Syed Mohamed pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara.
Menurut laporan Bernama, jumlah itu juga, katanya, hanyalah 3.2 peratus daripada jumlah pasaran kenderaan di negara ini yang berjumlah 530,035 unit.
Lindungi kereta nasional
Ahmad Husni berkata, ini bermakna masih terdapat peluang yang luas untuk semua pengeluar dan pengedar kereta tempatan dan asing untuk bersaing di pasaran tempatan.
Beliau berkata, kemasukan kereta import ke negara ini adalah dikawal dengan menggunakan had bumbung sepuluh peratus daripada pengeluaran tempatan kenderaan penumpang dan komersial ditambah pertumbuhan 10 peratus.
Menurutnya, had bumbung itu adalah untuk memastikan bahawa sambil Malaysia membuka pasaran automotif, kepentingan kereta nasional serta kereta-kereta keluaran domestik terus dilindungi dan dipromosikan untuk pasaran dalam dan luar negeri.
Kerajaan tidak bercadang untuk mengubah keadaan ini dan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang dapat mengimbangi kepentingan semua pihak, termasuk pengeluar, pengedar dan pengguna dalam industri ini, katanya.
Ahmad Husni berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara yang melaksanakan sistem kelulusan permit (AP) sebagai satu mekanisme untuk mengawal kemasukan kereta luar ke negara ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.