Pejabat Perdana Menteri umum nama penerima AP
Empat orang Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad sesama mereka telah diberikan 25,000 permit import (AP) untuk mengimport kereta mewah sejak 1997, demikian menurut satu senarai yang dikeluarkan oleh kerajaan hari ini.
Empat orang Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad sesama mereka telah diberikan 25,000 permit import (AP) untuk mengimport kereta mewah sejak 1997, demikian menurut satu senarai yang dikeluarkan oleh kerajaan hari ini.
Daripada jumlah itu, Syed Azman, Mohd Haniff dan Azzudin menerima sejumlah 16,214 AP menerusi beberapa syarikat manakala Nasimuddin, pengarah urusan Naza Motor Group, memegang 9,412 AP kebanyakannya menerusi Naza Kia Sdn Bhd.
Senarai meliputi 67,158 AP itu, yang diberikan seawal 1970 sehingga tahun ini, dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri petang ini ekoran timbulnya kontroversi mengenai pemberian AP.
Menurut laporan Bernama, ini merupakan kali pertama nama penerima AP diumumkan walaupun sebelum ini para pemimpin kerajaan berkata dasar tidak menghebahkan nama mereka mereka dikekalkan.
Pengisytiharan harga rendah
Isu AP itu menjadi hangat apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemberiannya yang terlalu banyak telah menyebabkan berlaku persaingan tidak adil kepada kereta nasional, Proton.
Katanya, ramai pengimport membuat pengisytiharan harga yang rendah dan menjual kereta-kereta ini lebih murah daripada harganya yang sebenar.
Beliau mempersoalkan bagaimana 20 syarikat diberikan sebahagian besar daripada 50,000 AP sedangkan matlamat kerajaan adalah untuk membantu sebanyak mungkin peniaga Bumiputera dengan mengagih-agihkan permit berkenaan.
Menurut satu kenyataan, kerajaan telah membuat keputusan untuk menghebahkan nama penerima-penerima AP itu.
Ia menjelaskan bahawa terdapat dua jenis AP iaitu AP terbuka dan AP francais.
Bagi AP terbuka, pemegangnya dibenarkan mengimport kereta baru dan kereta terpakai dari mana-mana sumber tetapi pemberian AP ini dihentikan pada 1988.
AP francais diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai perjanjian agensi eksklusif dengan pengeluar kereta asing.
Bagi AP terbuka, pemegangnya dibenarkan mengimport kereta baru dan kereta terpakai dari mana-mana sumber tetapi pemberian AP ini dihentikan pada 1988.
Perjanjian agensi ekslusif
AP francais diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai perjanjian agensi eksklusif dengan pengeluar kereta asing.
AP, yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), diperkenalkan pada 1970 dengan tujuan memberi galakan dan menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera dalam sektor automotif.
Pertama kali nama Nasimuddin tersiar dalam senarai adalah pada 1988 apabila beliau diberikan 3,112 AP menerusi Naza Konsortium Sdn Bhd.
Yang paling banyak diterimanya ialah 8,432 pada 1997, diikuti dua blok lagi pada tahun yang sama iaitu sebanyak 76 dan 417.
Namun pada 2002, nama Syed Azman dan Mohd Haniff, kedua-duanya bekas pegawai MITI, mula muncul dan sejak itu mereka merupakan penerima terbanyak berdasarkan senarai itu.
Import kereta
Pada tahun itu, mereka bersama Azzuddin, pertama kali menerima 7,603 AP menerusi Weststar Motorsport Sdn Bhd untuk mengimport kereta Honda.
Menerusi dua syarikat, Atlantic Star Auto Sdn Bhd dan Auto Pacific Star Sdn Bhd, Syed Azman dan Mohd Haniff menerima 5,669 lagi AP pada tahun itu untuk membawa masuk kereta Ford dan Chevrolet.
Untuk tahun 2005, setakat ini kedua-duanya diberikan 1,280 permit untuk mengimport kereta Suzuki menerusi Global World Trade Sdn Bhd dan 896 AP lagi untuk membawa masuk kereta Audi menerusi Territorial Star Sdn Bhd.
Nasimuddin mengimport kereta Kia, Mercedes Benz, Peugeot, Ferrari, Modena, Maserati, Rolls Royce, Bentley dan Brabus.
Jumlah besar lain ialah 8,573 AP untuk mengimport kereta Hyundai yang diberikan pada 1997 kepada Hyumal Motor Sdn Bhd, milik Berjaya Group Bhd, Sime Darby Bhd dan Tan Sri Vincent Tan.

