Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Annuar menghadap MARA
Diterbitkan:  Apr 25, 2017 9:25 AM
Dikemaskini: 1:33 AM

Tan Sri Annuar Musa akan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) pagi ini.

Beliau dipanggil untuk menjelaskan dakwaan mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penajaan skuad bola sepak Kelantan.

Pertemuan itu dijadual diadakan di Ibu Pejabat MARA di Kuala Lumpur mulai jam 10.30 pagi.

Annuar adalah pengerusi MARA yang digantung khidmatnya sejak 31 Januari lalu. Keputusan berkenaan diambil secara mengejut dan dibuat ketika anggota parlimen Ketereh itu berada di luar negara.

Ketua penerangan Umno itu disiasat berhubung isu penajaan syarikat Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan The Red Warriors.

Sebelum ini Annuar turut dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sejak digantung tugas, ini adalah kali pertama bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman MARA.

Annuar dillantik sebagai pengerusi MARA sejak 19 Julai 2003.

Lihat Komen
ADS