Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Madinah tinggalkan yang lepas, tumpu pada kerja
Diterbitkan:  Apr 25, 2017 2:57 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

Ketua audit negara yang baru Tan Sri Madinah Mohamad tidak melibat keraguan awam yang mengaitkan pelantikannya dengan latar belakang politik suaminya sebagai cabaran.

“Sebenarnya semua ini perkara yang sudah lepas kerana sekarang saya memberi tumpuan penuh pada tugas saya dan saya ada banyak kerja untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, hari ini.

Madinah ditanya sama berkaitan cabaran memimpin Jabatan Audit Negara ketika menjadi isteri kepada pemimpin Umno.

Menjelang pelantikannya pada Februari lalu, Madinah dikritik kerana kelayakan akademiknya kerana tidak mempunyai latar belakang audit serta pendirian politiknya.

Madinah menganggotai Umno Kepong yang dipimpin suaminya Rizuan Abdul Hamid yang dilaporkan sebagai pemimpin “berani mati” untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum itu, Madinah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan apabila diminta mengulas pelantikannya menjadi wanita pertama memegang jawatan ketua audit negara.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS