Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Johari mesti jelaskan AS$3.51b yang dibayar kepada IPIC
Diterbitkan:  Apr 26, 2017 3:21 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

SUARA MP l Ogos lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata beliau amat yakin bahawa 1MDB akan menang kes timbang tara dalam pertikaiannya dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Keyakinan itu, katanya memandangkan dokumen yang dibekalkan oleh 1MDB kepada dirinya.

"Setakat yang saya tahu, saya amat yakin bahawa kita akan menang (kes), berdasarkan dokumen-dokumen yang saya ada, dibekalkan oleh 1MDB kepada saya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kumpulan fokus Bajet 2017.

IPIC menuntut sejumlah AS$6.5 bilion daripada 1MDB, termasuk dua bon bernilai AS$3.5 bilion yang diterbitkan oleh firma pelaburan Malaysia itu tetapi dijaminnya.

Johari menegaskan bahawa 1MDB telah membayar AS$3.51 bilion kepada IPIC atau apa yang dikatakan sebagai anak syarikatnya, iaitu Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI), sebuah syarikat yang berdaftar di Kepulauan British Virgin.

IPIC di sisi lain, menafikan secara terbuka bahawa Aabar BVI bukan subsidiarinya walaupun mempunyai nama yang hampir sama dengan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS, syarikat yang didaftarkan di Abu Dhabi.

1MDB mendakwa ia telah membayar Aabar BVI jumlah berikut: -

1) AS$1.367 bilion sebagai "cagaran" untuk bon AS$3.5 bilion pada tahun 2012.

2) AS$ 993 bilion bagi pampasan yang diberi kepada IPIC atau Aabar pada November 2014; dan

3) Jumlah wang tambahan sebanyak AS$855 juta dan AS$295 juta sebagai "top-up” deposit keselamatan pada bulan September dan Disember 2014.

"Tidak betul bagi bagi mereka untuk tidak mengakui bahawa (Aabar BVI), kerana mengikut rekod, syarikat itu dimiliki oleh mereka (IPIC). Kini mereka secara tiba-tiba mengatakan bahawa syarikat itu bukan milik mereka. Oleh itu, kita mahu membawa kes ini ke mahkamah dan biar timbang tara menngesahkan dokumen kami," kata Johari ketika itu.

Malah dalam surat terbuka kepada saya, bulan lalu, Johari mengisytiharkan bahawa "mengenai pertikaian AS$ 3.5 bilion, yang telah dibayar kepada syarikat kumpulan IPIC oleh 1MDB, IPIC tidak boleh terus menafikan bahawa mereka telah menerima wang apabila 1MDB telah membayar kepada mereka.”

Jadi persoalannya ialah, Johari kini perlu menjelaskan mengapa pegawai perundingan Malaysia "berputus asa" dengan kes mereka terhadap IPIC dalam "penyelesaian" yang diumumkan dua hari lalu.

Di bawah terma penyelesaian, walaupun 1MDB kononnya telah membayar AS$3.51 bilion kepada IPIC atau anak syarikatnya, Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) bersetuju untuk menanggung semua liabiliti daripada bon AS$3.5 bilion yang sebelum inio djamin oleh IPIC.

Memandangkan bahawa adalah jelas bahawa 1MDB tidak berada dalam kedudukan untuk membayar hutang, pembayar cukai Malaysia kini yang akan terpaksa membayar AS$3.5 bilion untuk menyelamatkan 1MDB sebagai sebahagian daripada penyelesaian di atas.

Ini bermakna bahawa kita akhirnya terpaksa menanggung sejumlah AS$7.01 bilion, atau lebih dua kali ganda daripada pinjaman bon AS$3.5 bilion oleh 1MDB.

Apa yang telah terjadi dengan kenyataan Johari bahawa "kita mesti lawan dan memenangi kes ini?" Kenapa kita menyerah kepada tuntutan IPIC sebelum perjuangan bermula?

[Baca berita penuh]


TONY PUA adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari parti DAP.

Tulisan yang diterjemahkan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

 

 

Lihat Komen
ADS