Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ringgit makin mengukuh, KDNK M'sia 4.4% tahun ini
Diterbitkan:  Apr 26, 2017 3:54 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran kemenangan Emmanuel Macron dalam pada pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis.

Pada jam 11:42 pagi ini, ringgit mengukuh kepada RM4.3542 berbanding dolar AS dengan kadar tukaran setakat hari ini adalah antara RM4.353 dan RM4.3685, memetik laporan portal The Edge Markets.

Ketua Ahli Ekonomi AmBank (M) Bhd, Anthony Dass dan ahli ekonomi, Ummi Kalsom Yaacub berkata, firma penyelidikan itu meramalkan unjuran purata tahun ini adalah antara RM4.44 dan RM4.48 berbanding setiap dolar AS.

"Kami ulangi purata ringgit setahun penuh berbanding dolar AS pada RM4.44 hingga RM4.48 dengan urusniaga harian tahap rendah pada RM4.24 dan paras tinggi ialah RM4.75.

"Didorong oleh 'kebisingan' minggu ini, kami menjangka ringgit untuk terus didagangkan antara RM4.37 hingga RM4.40, sebahagiannya disebabkan kelemahan dolar AS," kata mereka dalam nota.

Sementara itu, portal yang sama turut melaporkan ekonomi Malaysia dijangka meningkat sedikit tahun ini dengan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.4 peratus bersandarkan keadaan ringgit yang menyokong aktiviti eksport.

Penasihat Ekonomi Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) yang juga Ketua Ekonomi Oxford Ekonomi, Priyanka Kishore berkata, walaupun di peringkat global bermula dengan positif tahun ini, banyak ketidak tentuan yang mendatang.

"Ia masih tidak jelas sejauh mana rantau ini dan Malaysia akan menerima kesan daripada pengukuhan ekonomi AS dan perancangan dasar yang memberi lebih perlindungan kepada negara itu.

"Secara keseluruhan, perbelanjaan berhemah akan menjadi kunci untuk mengadakan perundingan di masa hadapan," katanya dalam kenyataan.

Lihat Komen
ADS