Rakyat Msia tidak digalak ke Selatan Thai
Rakyat Malaysia tidak digalakkan melawat Selatan Thailand buat masa ini kerana keadaan keselamatan di sana belum terjamin.
Rakyat Malaysia tidak digalakkan melawat Selatan Thailand buat masa ini kerana keadaan keselamatan di sana belum terjamin.
Malahan, menurut jurucakap Konsulat Thailand di sini hari ini, penduduk tempatan juga tidak berani keluar rumah terutama di waktu malam.
"Kita tidak galakkan kepada orang Malaysia melawat ke Thailand buat masa kalau tidak mustahak," katanya kepada Bernama di Kota Bharu.
Selatan Thailand bergolak sejak setahun lepas sehingga kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra terpaksa mengeluarkan perintah darurat di empat wilayah di selatan negara itu.
Semalam wakil masyarakat Islam di Narathiwat melahirkan rasa bimbang dengan perkembangan di selatan negara itu berikutan kejadian pembunuhan yang berterusan oleh kumpulan tidak bertanggungjawab sehingga memaksa kerajaan mengenakan perintah darurat itu.

