Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pahit getir Sosma Khairuddin, Chang berakhir
Diterbitkan:  Apr 27, 2017 1:10 PM
Dikemaskini: 5:15 AM

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan berhubung penahanan dan perbicaraan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Panel lima hakim memutuskan rayuan pihak pendakwaan adalah cacat, kerana notis rayuan tidak tidak disampaikan kepada kedua-dua mereka selepas kes itu di dilupuskan di Mahkamah Tinggi.

"Kami bersetuju dengan pemohon bahawa mengikut Peraturan 88 (1) (Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan), adalah wajib bagi perayu (pendakwaan) menyampaikan notis rayuan.

"Pada pandangan kami, ini tidak dilakukan. Kami membenarkan permohonan (defendan) dan kedua-dua rayuan oleh pihak pendakwaan akan dibatalkan," kata Hakim Tan Sri Hasan Lah.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Khairuddin dan Chang didakwa mengikut Sosma pada Oktober 2015 kerana didakwa cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Pihak pendakwa raya mendakwa kedua-dua mereka mensabotaj institusi kewangan dan perbankan Malaysia dengan membuat laporan polis di Singapura, Hong Kong dan United Kingdom.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dakwaan itu tidak boleh diguna-pakai mengikut Sosma dan rayuan seterusnya oleh pihak pendakwaan tidak berjaya.

Walau bagaimanapun, Khairuddin dan Chang masih perlu menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen pada 11 Mei atas dakwaan sabotaj.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS