Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Menteri: Anwar asyik tukar cerita isu skandal forex
Diterbitkan:  Apr 27, 2017 2:35 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa asyik menukar cerita berkaitan isu skandal pertukaran asing (forex) di era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata kenyataan terkini Anwar berkaitan perkara itu, dilihat disesuaikan dengan situasi politik melibatkan dirinya.

“Bila dia bersama Dr Mahathir Mohamad, dia kata satu perkara.

“Bila dia menentang Mahathir, dia kata perkara lain. Dan sekarang bila dia sekali lagi bersama Mahathir, Anwar buat cerita baru,” katanya.

Menulis dalam blognya, Salleh berkata, Anwar pada tahun 1993, ketika menjadi menteri kewangan, menafikan Bank Negara rugi akibat spekulasi dalam pasaran forex.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemimpin DAP Lim Kit Siang di Parlimen dan rekod itu boleh diteliti daripada hansard Dewan Rakyat.

24 tahun lalu

Setahun selepas itu, kata Salleh lagi, Anwar memberitahu parlimen bahawa apa yang berlaku cuma kerugian kecil dan hanya “atas kertas”.

“Dia juga salahkan gabenor Bank Negara dan berkata gabenor itu telah diminta letak jawatan,” kata Salleh.

Bagaimanapun, kata Salleh, cerita berbeza pula disampaikan dalam satu forum di Pulau Pinang pada 2012 apabila beliau turut menyalahkan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin atas kerugian RM10 bilion itu.

Terbaru, kata Salleh, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pula dipersalahkan.

“Ini sebabnya kia perlu siasatan lanjut isu ini.

“Jika kebenaran berjaya disingkap 24 tahun lalu, kita tidak akan lagi menyiasatnya hari ini,” kata Salleh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS