Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tony Pua dilarang memasuki Sabah
Diterbitkan:  Apr 28, 2017 2:15 PM
Dikemaskini: 6:20 AM

Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini dilarang daripada memasuki Sabah.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 12.50 tengah hari untuk menghadiri beberapa forum mengenai skandal 1MDB, diberitahu oleh seorang anggota imigresen bahawa dirinya tidak dibenarkan memasuki negeri itu.

"Tanpa memberikan sebarang alasan, anggota itu berkata arahan datang pagi ini daripada kerajaan negeri." katanya kepada Malaysiakini.

"Sekarang saya di pejabat imigresen Kota Kinabalu, saya akan dihantar pulang dengan penerbangan jam 2 petang nanti," katanya.

Selain menghadiri forum berkenaan sepanjang tiga hari di Keningau, Tenom dan Pensiangan, Pua juga dijadual melancarkan program 'Impian Sabah' di tiga kawasan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS