Khairy: Pendedahan senarai AP tanda kjaan telus
Keputusan kerajaan mengumumkan senarai penerima permit import (AP) menunjukkan kerajaan telus dalam isu berkenaan, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini.
Keputusan kerajaan mengumumkan senarai penerima permit import (AP) menunjukkan kerajaan telus dalam isu berkenaan, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini.
"Presiden parti (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sudah lama bercakap pasal isu kebocoran ini, jadi kita kena berdepan dengan realiti sebenar.
Kalau inilah hakikatnya, kalau inilah realitinya maka kita kena tunjuk (senaraikan) bahawa inilah kebocoran dan ketirisan yang berlaku.
"Kalau pemegang AP tidak ada showroom, tidak jual kereta tetapi jual AP di pasaran (secondary market), itu satu kebocoran yang besar yang harus kita cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada perhimpunan agung Pemuda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Beliau diminta mengulas mengenai langkah kerajaan mengeluarkan senarai pemegang AP berikutan kontroversi yang timbul berhubung isu itu.
Kontroversi mengenai AP itu tercetus apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemberian terlalu banyak permit itu telah menyebabkan berlaku persaingan yang tidak adil kepada kereta nasional, Proton. Dr Mahathir adalah penasihat Proton.
Baru-baru ini Dr Mahathir berkata ramai pengimport membuat pengisytiharan harga yang rendah dan menjual kereta-kereta itu lebih murah daripada harganya yang sebenar.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana 20 syarikat diberikan sebilangan besar daripada lebih 50,000 AP yang dikeluarkan sedangkan matlamat kerajaan adalah untuk membantu seramai mungkin ahli perniagaan Bumiputera dengan mengagih-agihkan permit berkenaan.
Berikutan itu, Perdana Menteri meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz menjawab semua perkara yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir dan Rafidah telah pun berbuat demikian.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.