Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Seramai 30 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di Dungun, termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan BERSATU Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu dan kembali menyertai Umno.

Mereka mengambil keputusan itu kerana mendapati BRSATU tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan Umno selama ini.

Mereka mengumumkan keputusan keluar parti itu dalam program "Selamat Tinggal PPBM - Sirih Pulang ke Gagang, Umno Dulu, Kini dan Selamanya" di Dungun, malam tadi. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Dungun Datuk Din Adam.

Azmi berkata 20 hingga 30 lagi anggota BERSATU Dungun dijangka turut berbuat demikian dalam masa terdekat.

Din berharap tindakan mereka itu akan memberi keinsafan kepada orang lain bahawa tiada parti lain yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan Umno selama ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS