Kumpulan wartawan kecam KDN
Sekumpulan wartawan bebas mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri yang didakwa semakin "hilang kewarasan" apabila aktif mengadakan serbuan, merampas dan mendakwa penerbit.
Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) juga menyifatkan kementerian itu "bertindak sesuka hati untuk menekan dan menindas wartawan dan akhbar."
Kami mengulas surat tunjuk sebab dan dua amaran KDN kepada sebuah akhbar Cina, China Press dan mengeluarkan amaran lisan kepada sebuah lagi, Nanyang Siang Pau seperti didedahkan malaysiakini Jumaat lalu. [[#1]Ministry warns Chinese dailies[/#], Nov 17]
Menurut laporan itu, kementerian mengambil tindakan sedemikian ekoran pendedahan dua akhbar Cina itu dalam isu-isu Tabung Pendidikan Chang Min Thien, Sekolah Wawasan, perpindahan kawasan perkuburan Sungai Besi dan juga tabung mangsa penyakit Japanese Enchephalitis (JE).
Isu-isu ini dipercayai memberikan gambaran buruk kepada komponen utama Barisan Nasional, MCA.
"Tindakan KDN itu menunjukkan kementerian itu mengikut telunjuk pemimpin MCA," kata jurucakapnya, Ahmad Lutfi Othman.
"Isu-isu seperti itu mempunyai kepentingan ramai dan harus disampaikan kepada pembaca dengan seluas-luasnya. Tindakan (KDN) ini sangat serius dan membuktikan dengan jelas sikap autokrasi kerajaan."

Kami turut membantah tindakan kementerian menyerbu syarikat percetakan di Sungai Buloh, Selangor pada Jumaat lalu yang dipercayai telah mencetak majalah tidak berkala pimpinan seorang wartawan wanita, Suria Janib. [[#2]Penerbitan tidak berkala juga perlu permit[/#], 20 Nov]
"Majalah ini tidak menyiarkan bahan-bahan yang berbahaya tetapi berita, analisa, dan pandangan (wawancara) dengan beberapa ahli politik pembangkang dan aktivis badan bukan kerajaan," kata Lutfi, sambil mempertikaikan tindakan ini seolah-olah bermakna mengeluarkan bahan-bacaan propembangkang satu kesalahan di negara ini.
'Fitnah dan palsu'
Pada 10 November lalu, serbuan dijalankan di pejabat Penerbitan Pemuda, Gombak milik Lutfi dan merampas 640 naskhah Al-Islah , sebuah akhbar yang melaporkan isu-isu politik semasa.
Syarikat penerbitan itu akan dihadapkan di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur esok atas dakwaan menerbitkan bahan bacaan tanpa permit. Malaysiakini difahamkan sebuah lagi syarikat Penerbitan Hemah di Kuala Lumpur juga akan dikenakan dakwaan yang sama.
Kumpulan wartawan itu juga berkata mereka turut memandang berat kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Datuk Dr Jamaluddin Mohd Jarjis yang menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap tulisan yang bersifat "fitnah dan berita palsu." [[#3]'Hostage holiday package' article irks MP[/#], Nov 16]
Wakil Barisan Nasional (Rompin) berkata sedemikian sambil menujukkan sebuah tulisan bertajuk "Tourism Malaysia to promote special 'hostage' holiday package " (Pelancongan di Malaysia mempromosikan pakej khas percutian tebusan) yang diterbitkan di sebuah laman web yang dikenali Not The New Straits Times yang dipercayai dihasilkan penulis reformasi Sabri Zain.
"Sikap wakil kerajaan itu sangat bertentangan dengan janji kerajaan untuk memberikan kebebasan di alam siber," kata Lutfi lagi.
"Kami menyeru kepada kerajaan dan KDN khususnya agar menilai semula tindakan mereka dan berhenti menjadi penindas golongan wartawan, penulis dan penerbit."

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.