KSU MITI mengakui bertanggungajwab keluarkan AP
Terjemahan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz tidak terbabit dalam proses pengeluaran AP untuk mengimport kereta mewah atau mempengaruhi keputusan yang dibuat mengenainya, kata Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Mohd Sidek Hassan.
Terjemahan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz tidak terbabit dalam proses pengeluaran AP untuk mengimport kereta mewah atau mempengaruhi keputusan yang dibuat mengenainya, kata Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Mohd Sidek Hassan.
Katanya, beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap kontroversi yang timbul sekarang berhubung pemberian AP, sehingga menyebabkan Rafidah menjadi sasaran kritikan sehingga menitiskan air matanya dalam satu sidang akhbar sebelum ini, berhubung isu tersebut.
"Saya tidak berunding dengan menteri (sebelum mengeluarkan AP). Ataupun beliau memberi sebarang arahan kepada saya. Kami hanya mengikut garispanduan yang disediakan (dalam pemberian AP).
"(Oleh itu), saya memikul sepenuhnya tanggungjawab mengeluarkan AP," kata Mohd Sidek dalam laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini.
Menurutnya, setiap pemohonan yang layak akan diberikan AP dan keputusannya dibuat oleh jawatankuasa empat anggota yang diketuainya.
Beliau menjelaskan, terdapat dua kriteria yang dipertimbangkan syarikat pemohon mestilah 70 peratus milik bumiputera dan pihak syarikat mesti mempunyai perjanjian terus menjadi agensi ekselusif dengan pengeluar kereta asing.
Baru ketuai jawatankuasa AP
Mohd Sidek juga ditanya mengapa empat orang menerima lebih 25,000 daripada 67,158 AP yang dikeluarkan sehingga tahun ini.
"Ini bukan masalah pembahagian. Contohnya, apabila ketika mengeluarkan 51,000 AP, adalah mustahil untuk kita membahagikannya kepada 51,000 orang kerana mahu adil," katanya.
Daripada jumlah AP yang dikeluarkan itu, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd Haniff Abdul Aziz dan Dauk Azzuddin Ahmad dilaporkan menerima 16,214 AP di bawah beberapa syarikat, manakala Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Pengerusi Naza Motor Group, menerima 9,412 AP kebanyakannya di bawah Naza Kia Sdn Bhd. Bagaimanapun, hari ini, Azzuddin menafikan beliau menerima AP tersebut.
Ditanya mengapa Naza diberi AP terbanyak, Mohd Sidek menjelaskan, kerajaan tidak mempunyai sebab untuk menghadkan pemberian AP memandangkan syarikat berkenaan berjaya dalam perniagaannya.
"Kita tidak boleh berhenti memberi merek AP atau menghadnya kepada dua AP sahaja, ini bercanggah dengan dasar kerajaan," katanya, sambil menegaskan tiada had dalam pemberian AP.
Dalam reaksinya, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata penafian Mohd Sidek bahawa Rafidah tidak terbabit, adalah 'lemah, tidak memuaskan dan tidak boleh diterima'.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, siasatan terperinci dan laporan audit adalah diperlukan untuk menentukan sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa atau amalan rasuah dalam pemberian AP.
"Tambahan pula, Mohd Sidek hanya mengetuai jawatankuasa AP sejak Oktober lalu dan beliau tidak boleh bercakap mengenai apa yang berlaku 17 tahun lalu sejak Rafidah menjadi menteri," katanya.
Oleh itu, katanya, Rafidah yang telah menjadi menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih 18 tahun lalu, mesti memikul tangungjawab dalam 'kontroversi AP' tersebut.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.