Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah putuskan Ahok bersalah hina Islam
Diterbitkan:  May 9, 2017 11:44 AM
Dikemaskini: 4:03 AM

Bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang didakwa menghina agama Islam didapati bersalah, memetik laporan BBC.

Kes tersebut mendapat liputan meluas media antarabangsa yang menganggap ia sebagai ujian tahap toleransi agama di Indonedia.

Sebelum ini, menurut laporan dpa, para hakim Indonesia dijangka membuat keputusan dalam kes membabitkan Ahok yang didakwa menghina agama Islam hari ini.

Pihak pendakwa raya meminta hukuman penjara setahun ditangguhkan selama dua tahun ke atas Ahok yang tewas dalam pemilihan gabenor Jakarta bulan lalu kepada calon beragama Islam, Anies Baswedan.

Ini bermakna Ahok tidak perlu menjalani hukuman penjara jika hakim memenuhi permintaan pendakwa raya, melainkan jika beliau melakukan kesalahan lain dalam tempoh dua tahun.

Kawalan keselamatan menjadi ketat di sekitar bangunan kerajaan yang ditukar menjadi mahkamah sementara di Jakarta Selatan dengan pihak polis yang bersenjatakan senapang automatik berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Dalam satu majlis rasmi pada bulan September, Purnama memberitahu penduduk tempatan bahawa lawannya 'berbohong' dengan memetik al-Quran melarang daripada mengundi gabenor bukan Islam.

Video ucapan beliau tersebar di internet dan menyebabkan ratusan ribu umat Islam menuntut Ahok didakwa semasa mengadakan perhimpunan pada bulan Oktober, November dan Disember tahun lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS