Effendi Nawawi berehat dari politik
Terjemahan Bekas Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi telah melepaskan jawatan sebagai ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bahagian Repok dan sekaligus mencetuskan spekulasi yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan PBB September ini.
Terjemahan Bekas Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi telah melepaskan jawatan sebagai ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bahagian Repok dan sekaligus mencetuskan spekulasi yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan PBB September ini.
Matthias Raya Genam, juga seorang Melanau, telah dipilih sebagai ketua bahagian Repok yang baru pada 3 Julai lalu.
Effendi, yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Rajang, merupalan salah seorang pemimpin utama PBB. Malah, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, telah menamakan Effendi sebagai calon yang mungkin menjadi penggantinya.
Tetapi, selepas beliau melepaskan jawatan menteri kabinet persekutuan dan enggan mempertahankan kawasan Parlimen Kuala Rajang dalam pilihanraya umum lalu, Effendi jarang dilihat berada di Sarawak, dan banyak menumpukan perhatiannya kepada urusan peribadi dan perniagaan.
Bagaimanapun, beliau masih menjadi wakil khas pendidikan tinggi di peringkat persekutuan yang berstatuskan seorang menteri.
Baru-baru ini, Effendi menjadi tumpuan laporan media selepas menceraikan Faridah, isterinya yang dikahwininya selama 30 tahun. Beliau kini berkahwin dengan bekas pelakon Tiara Jacquelina.
Seorang pembantunya memberitahu malaysiakini, jika berlaku pertandingan bagi jawatan naib presiden, kemungkinan besar Effendi tidak akan mempertahankan jawatannya.
"Bagaimanapun, beliau tidak kisah untuk terus memegang jawatan tersebut jika tiada pertandingan," katanya, sambil menambah, Effendi menyerahkan kepada presiden parti untuk memutuskannya.
PBB mempunyai empat naib presiden khusus untuk cawangan Bumiputera (Melayu/Melanau) dan tidak lagi untuk cawangan Pesaka (Iban/Bidayuh/Orang Ulu).
Rekod prestasi
Para pemerhati politik berkata, walaupun kebelakangan ini, beliau jarang dilihat di Sarawak, tetapi Effendi tidak boleh dianggap tidak berminat lagi terhadap jawatan ketua menteri kerana hubungan rapatnya dengan Taib dan rekod prestasi yang cemerlang sebagai seorang pentadbir.
"Mungkin beliau mahu berehat seketika," kata pembantunya itu selepas mengesahkan yang bosnya itu telah meletak jawatan sebagai ketua bahagian Repok.
Dua lagi yang turut disebut-sebut sebagai calon pengganti Taib ialah Timbalan Presiden PBB yang juga Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden PBB yang paling kanan, Datuk Adenan Satem, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Wujudnya persaingan hebat antara Johari dan Adenan di mana kedua-duanya dilihat sedang meningkatkan sokongan di peringkat akar umbi bagi menghadapi pemilihan parti itu di Miri.
TONY THIEN adalah wartawan sambilan malaysiakini di Sarawak.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.