Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Indeks harga pengguna M'sia naik 4.4%
Diterbitkan:  May 17, 2017 2:54 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi kayu pengukur tahap inflasi di peringkat tempatan adalah 4.4 peratus lebih tinggi pada bulan April yang lalu berbanding tahun sebelumnya.

Memetik data daripada Jabatan Perangkaan yang didedahkan hari ini, ia disebabkan kenaikan dalam kos pengangkutan dan makanan, menurut laporan Reuters.

Dengan itu, kadar inflasi berlegar-legar di bawah 4.5 peratus dalam ramalan kadar tahunan oleh tinjauan Reuters, turun daripada 5.1 peratus pada Mac yang menjadi kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Kos pengangkutan pada bulan April meningkat 16.7 peratus mengikut tahun ke tahun kerana harga bahan api yang lebih tinggi manakala harga makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 4.1 peratus.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia berkata, kadar inflasi tahunan adalah 4.3 peratus pada suku pertama 2017 dan dijangka bergerak sederhana pada separuh kedua tahun ini.

Bank pusat itu menyasarkan inflasi berlegar-legar antara 3 hingga 4 peratus tahun ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS