Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Sosialis Malaysia (PSM) berhasrat untuk bertanding 20 kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agungnya, A Sivarajan.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, Sivarajan berkata, ia termasuk kerusi Parlimen Sungai Siput dan DUN Semenyih, Kota Damansara dan Jelapang.

"Pada masa ini, kami sedang meninjau untuk bertanding di 20 kerusi (Parlimen dan DUN).

"Sebagai contoh, sudah diketahui umum salah satu kerusi adalah kerusi Parlimen Cameron Highlands," kata Sivarajan.

Bagi kerusi selebihnya, beliau berkata, PSM akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi selepas perbincangan akhir telah selesai di peringkat bahagian parti.

"Tetapi yang pasti, kami akan bertanding di lebih banyak kawasan kali ini," katanya.

Di samping mengekalkan PSM akan menghadapi PRU-14 sebagai satu entiti, Sivarajan berkata, parti itu masih terbuka untuk membincangkan pakatan pilihan raya dengan ahli-ahli gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan BN.

Pada masa yang sama, jelas beliau, PSM juga bersedia untuk menghadapi keadaan seperti itu kerana ia tidak terlibat dalam rundingan kerusi secara formal dengan mana-mana pihak dalam HARAPAN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS