Mynmar lepas giliran jadi pengerusi Asean 2006
Myanmar melepaskan gilirannya sebagai pengerusi Asean pada 2006 kerana ingin memberi tumpuan penuh terhadap proses perdamaian dan pendemokrasian di negara itu.
Myanmar melepaskan gilirannya sebagai pengerusi Asean pada 2006 kerana ingin memberi tumpuan penuh terhadap proses perdamaian dan pendemokrasian di negara itu.
Keputusan Myanmar itu diumumkan oleh Pengerusi Mesyuarat Peringkat Menteri Asean (AMM) ke-38, Somsavat Lengsavad, yang juga Timbalan Perdana Menteri Laos hari ini.
Para menteri luar Asean kini berada di Laos untuk menghadiri mesyuarat yang dirasmikan dirasmikan oleh Perdana Menteri Laos, Bounnhang Vorachith.
Mesyuarat itu, katanya, bersetuju bahawa apabila Myanmar bersedia mengambil gilirannya untuk menjadi pengerusi Asean, negara itu boleh berbuat demikian.
Bercakap pada sidang akhbar bersama yang dihadiri semua menteri luar Asean, Somsavat berkata, giliran Myanmar itu akan diambil alih oleh Filipina mengikut sistem penggiliran berdasarkan susunan abjad yang telah dipersetujui di kalangan anggota pertubuhan itu.
"Rakan kami dari Myanmar menjelaskan bahawa 2006 merupakan tahun yang kritikal dan kerajaan Myanmar ingin memberi tumpuan penuh terhadap proses perdamaian dan pendemokrasian," kata Lengsavad, yang juga Menteri Luar Laos.
Menurut, mereka memahami sepenuhnya keputusan Myanmar itu dan melahirkan penghargaan kepada negara itu kerana tidak membiarkan urusan negaranya menjejaskan perpaduan dan kesatuan dalam Asean.
"Kerajaan Myanmar telah menunjukkan komitmennya terhadap kesejahteraan Asean serta matlamatnya untuk memperjuangkan kepentingan semua negara anggota," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.