Pengurus PTPL Shah Alam diturunkan pangkat
Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan (PTPL) Shah Alam didakwa melanggar perjanjian dengan menurunkan pangkat seorang pekerjanya sebelum kontrak kakitangan terbabit tamat.
Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan (PTPL) Shah Alam didakwa melanggar perjanjian dengan menurunkan pangkat seorang pekerjanya sebelum kontrak kakitangan terbabit tamat.
Menurut Labour Resource Centre (LRC) sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak pekerja, Noreliza Zahari, 28, ditawarkan jawatan pengurus program selama 12 bulan dengan PTPL mulai 1 November 2001.
Kordinator Bersama LRC, K Shan berkata, bagaimanapun Noreliza dilucutkan jawatannya dan diarahkan menjadi tutor pada 25 September 2002 selepas lapan bulan bekerja dengan PTPL.
"PTPL memberi alasan penurunan pangkat tersebut dibuat kerana berlaku perubahan struktur dalam organisasi pusat pengajian tinggi swasta," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Berikutan itu, Noreliza membawa kes tersebut kepada Mahkamah Perindustrian Kuala Lumpur pada akhir 2002 dan sehingga hari ini kes tersebut belum selesai.
Noreliza, katanya diarahkan bekerja selama 44 jam seminggu walaupun perjanjian asal ialah 40 jam selain elaunnya ditarik balik.
"Beliau juga diminta supaya mengajar selama 30 jam seminggu berbanding 18 jam mengikut peruntukan Lembaga Akreditasi Negara (LAN)," katanya.
Shan berkata, Pengurus Sumber Manusia PTPL, Sharifah Huda Engku Muda tidak pernah menghadiri perjumpaan dengan mahkamah perindustrian.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.