Terjemahan Tiga buah helikopter Bell 206 Lone Ranger terhempas dalam tempoh satu tahun dianggap 'banyak', kata syarikat pengeluarnya di Singapura.

Bagaimanapun, Syarikat Bell Helicopter Asia (Pte) Ltd menafikan dakwaan yang pesawat tujuh tempat duduk itu tidak sesuai digunakan di kawasan pergunungan Sarawak.

"Pesawat Bell telah digunakan di Sarawak hampir tiga dekad lalu dan pesawat yang sama juga digunakan oleh syarikat Sabah Air," kata Pengurus Pemasaran dan Jualan Serantaunya, Bill Jordon melalui e-mel hari ini.

"Helikopter kami juga beroperasi dalam negara-negara lain yang mempunyai persekitaran yang sama," tambahnya.

Gordon diminta mengulas kejadian terbaru di mana sebuah helikopter Bell 206 LR milik syarikat kerajaan negeri, Hornbill Skyways, terhempas di Ulu Balleh dekat sempadan Indonesia Selasa lalu.

Helikopter itu membawa empat penumpang ketika terhempas. Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan menurut laporan terbaru, penumpang terbabit ada yang selamat.

Selamat digunakan

"Helikopter Bell tidak membuat komen mengenai sebaran kejadian ketika siasatan sedang dijalan. Ini termasuk spekulasi atau komen mengenai syarikat terbabit," kata Gordon.

"Jika siasatan ke atas kejadian terbabit sudah siap, maka saya akan merujuk wartawan kepada laporannya untuk maklumatnya," tambahnya.

Gordon juga mengatakan yang Helikopter Bell memberi perhatian penuh kepada keselamatan pesawatnya.

"Helikopter siri 206 telah mengadakan berjuta-juta jam penerbangan sejak bertahun-tahun dan telah terbukti sebagai sebuah pesawat yang selamat digunakan. Itulah pendirian kami," tambahnya.

Beliau berkata, pihak Bell belum diminta ke tempat pesawat tersebut terhempas.

"Jika ada permintaan tesebut, ianya datang dari Jabatan Penerbangan Awam," katanya.

Menurut lamanweb helikopter Bell, model Longer Ranger IV dilengkapkan dengan ciri-ciri terbaik, serta ruang kabin yan lauas dan engin yang lebih kuat.

Ini membuat pesawat tersebut sesuai beroperasi dalam cuaca panas dan pada paras yang tinggi.

Julai lalu, sebuah pesawat Bell 206 LR milik Hornbill Skyways terhempas di Bario Highlands, mengorbankan semua penumpangnya, termasuk Pembantu Menteri, Dr Jakson Sakai Tagah.

Dua bulan kemudiannya, helikopter jenis yang sama milik syarikat tersebut terhempas lagi di Samarahan, dekat Kuching.

Tidak seorangpun yang selamat dalam kejadian tersebut dan antara mereka yang terbunuh ialah setiausaha sulit kepada seorang timbalan ketua menteri dan pengawal pengiring seorang menteri pusat.


TONY THIEN adalah wartawan sambilan malaysiakini di Sarawak