Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Goh lega Rafizi mengaku silap identiti, mahu ia berakhir

Florence Goh Siew Boey lega kerana naib presiden PKR Rafizi Ramli telah mengakui tersilap mendakwanya sebagai pelobi AS, dan mahu mengakhiri perkara itu yang membuat dirinya menjadi tumpuan media.

"Terima kasih kepada Rafizi Ramli (kerana) cepat mengakui, dan bersetuju untuk mengambil tanggungjawab penuh (atas) kesilapan ini dan meminta maaf (terhadap) dakwaan salah ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Siew Boey berkata sama ada Rafizi telah menamakannya secara sengaja atau tidak, tetapi kerosakan telah pun berlaku.

Selepas permohonan maaf itu, katanya, keadaan telah menjadi tenang dan beliau benar-benar berharap perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi selepas ini.

'Tiada kaitan dengan Godfrey'

Siew Boey juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia di bawah tanggungjawab Wee, yang telah membantunya.

Katanya, beliau amat berterima terhadap sidang akhbar yang diadakan oleh Wee untuk membersihkan namanya.

Rafizi sebelum ini telah tersilap mngenal pasti Siew Boey sebagai "Florence Goh" yang merupakan pengarah Godfrey Group Ltd, sebuah syarikat yang terlibat dalam kontrak melobi untuk Malaysia di Amerika Syarikat.

Rafizi kemudian berkata beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan itu, dan memohon maaf kepada Siew Boey dan CRT Insights Technologies kerana menyiarkan nama mereka.

Rafizi menyatakan demikian dalam satu kenyataan selepas sidang akhbar yang diadakan oleh Wee itu.

Siew Boey, yang merupakan seorang pengarah di CRT Insights Technologies, berkata beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Godfrey Group.

Rafizi menggesa Florence Goh yang merupakan pengarah sebenar Godfrey Group tampil berterus terang berkaitan dakwaan kontrak melobi itu.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS