Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Tak perlu minta maaf kerana bantu pelaburan
Diterbitkan:  Jun 2, 2017 12:39 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Perdana menteri berkata beliau tidak akan meminta maaf kerana cuba membawa pelaburan ke Malaysia dan menegaskan rundingan tidak akan dibuat jika menjejaskan kedaulatan negara.

Datuk Seri Najib Razak berkata pelaburan-pelaburan yang dibawa masuk mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia dan rakan pelabur luar.

“Tindakan mengetepikan pelaburan susulan kepercayaan bodoh dan cetek – dan kefahaman asas berkaitan ekonomi – hanya akan memberi kesan buruk kepada negara […]

“Kepada pengkritik yang kata 'terlalu banyak, terlalu cepat, terlalu segera', jawab saya: Jika kamu hendak lambat-lambatkan pembangunan Malaysia, jika kamu mahu Malaysia tertinggal di belakang, dan jika kamu tidak mahu peluang pekerjaan dicipta atau pendapatan meningkat, kamu pergilah berkempen tentang perkara itu.

“Saya tidak akan sekali-kali mohon maaf kerana membantu pelaburan di Malaysia,” katanya ketika merasmikan pembukaan China Construction Bank (Malaysia) Bhd di Kuala Lumpur hari ini.

Cawangan itu akan menjadi hab operasinya untuk pasaran Asean, termasuk Malaysia.

Lihat Komen
ADS