Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Jika saya pun gagal, bagaimana dengan orang ramai?'

Naib Presiden Gerakan Dominic Lau kecewa usahanya untuk mendapatkan penjelasan dan butiran lanjut berhubung program sarjana muda kejuruteraan yang ditawarkan oleh Universiti Malaya dengan bayaran RM90,000 berakhir dengan kegagalan.

Katanya, beliau telah mencuba tetapi tidak berjaya setakat ini untuk bertemu dengan ahli-ahli pentadbiran universiti berkenaan.

"Apa yang saya cuba katakan adalah bahawa, sebagai sebuah parti komponen BN, untuk mendapatkan maklumat pun begitu sukar.

"Bagaimana orang ramai boleh mendapatkan penjelasan atau maklumat dengan mudah?" soal Lau dalam dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau sebelum ini membidas program "pengambilan terus" sarjana muda fakulti kejuruteraan UM yang mengenakan yuran tuisyen RM90,000, iaitu kira-kira 10 kali ganda daripada kadar subsidi.s

Program "pengambilan terus" yang ditawarkan itu adalah dengan kerjasama Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), sebuah sayap swasta UM.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS