Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kok dituduh sokong Jubli Jerusalem pula
Diterbitkan:  Jun 6, 2017 11:19 AM
Dikemaskini: 4:09 AM

Untuk kali ketiga pada Ramadan, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok menghadapi 'ujian' daripada musuh politiknya.

Kali ini anggota parlimen Seputeh itu didakwa terbabit dalam penganjuran Jubli Jurusalem di Melaka. Pembabitan serta sokongan Kok didakwa tersebar melalui media sosial.

Justeru Kok menegaskan beliau langsung tidak tahu-menahu mengenai program berkenaan malah tidak mempunyai keinginan untuk hadir.

"Saya juga berasa hairan dan marah kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengheret nama saya dalam perkara ini.

"Saya percaya, berita palsu yang berlegar ini bertujuan untuk memburuk-burukkan imej DAP dan saya selaku ahli parlimen. Segala tuduhan ini amat tidak beretika dan berniat jahat," katanya kepada media hari ini.

Kok juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang mengaitkannya dengan program berkenaan.

Semalam sebuah poster mengenai sambutan Jubli Jerusalem tersebar meluas dan mencetuskan pelbagai bantahan, termasuk daripada Umno dan PAS.

Dituduh isu zakat

Ia dijadual berlangsung selama tiga hari mulai 15 Jun ini.

Ekoran pendedahan meluas media, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis mengharamkan perhimpunan berkenaan

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan penganjuran perhimpunan itu hanya akan melukakan hati umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung.

Menurut Kok, amat menyedihkan ada pihak tertentu sengaja menggunakan Ramadan untuk menyebarkan fitnah dan berita palsu terhadap dirinya.

"Ini bukanlah kali pertama saya difitnah semasa Ramadan.

"Pada September 2008, saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama tujuh hari akibat dituduh melarang azan dikumandangkan di Bandar Kinrara Puchong.

"Pada Ogos 2013, saya juga membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah bloger pro-Umno kononnya saya meminta wang zakat diberi kepada orang Cina," katanya.

Lihat Komen
ADS