Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Saifuddin: Struktur BN wujudkan kesangsian Cina
Diterbitkan:  Jun 7, 2017 12:38 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Kesangsian masyarakat Cina terhadap kerajaan wujud akibat struktur parti pemerintah BN sendiri, kata Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Bekas anggota majlis tertinggi Umno yang menyertai PKR itu berkata, masalah berpunca daripada struktur BN yang menjadikan Umno sebagai induk.

Dominasi itu, kata Saifuddin, bukan sahaja berlaku di peringkat pusat, tetapi juga sayap-sayap parti, yang dipimpin oleh Umno.

“Parti-parti komponen BN, hatta parti senior (yang menubuhkan Perikatan dulu pun) seperti MCA dan MIC menjadi parti kelas dua,” katanya.

Sin Chew Daily semalam melaporkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai mengakui terdapat kesangsian dan saling tidak mempercayai satu sama lain antara masyarakat Cina dan kerajaaan.

Beliau berkata sering bersuara dalam kabinet supaya BN menangani sentimen masyarakat Cina dan bukannya menyampaikan wang atau barangan semasa pilihan raya umum, untuk mendapat sokongan.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Saifuddin juga menyalahkan politik berasaskan kaum yang wujud dalam BN.

“Dalam suasana Umno menguasai BN dan kerajaan, maka, luahan ketidakpuasan hati MCA dan kaum Cina adalah sesuatu yang natural akan berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, kata Saifuddin, Pakatan Harapan menggunakan model yang jauh berbeza apabila semua anggota gabungan dianggap “rakan saksama:

“Dan kedua, kami menjalankan 'politik pelbagai kaum,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS