Rizab Bank Negara melonjak kepada RM433.3b
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$98 bilion (bersamaan dengan RM433.3 bilion) pada 31 Mei 2017 berbanding US$97.3 bilion (bersamaan dengan RM430.5 bilion) yang dicatatkan pada 15 Mei 2017.
BNM dalam kenyataan hari ini berkata paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$91.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain (US$2.9 bilion).
Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM433.32 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM3.93 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM6.07 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.81 bilion), tanah dan bangunan (RM2.11 bilion) dan aset-aset lain (RM7.29 bilion).
Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM150.05 bilion), mata wang dalam edaran (RM100.47 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM173.57 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM12.04 bilion), deposit lain-lain (RM1.24 bilion), kertas Bank Negara (RM9.50 bilion) , peruntukan SDR (RM8.08 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.51 bilion).
- Bernama

