Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Serangan pistol, AK-47 di parlimen Iran
Diterbitkan:  Jun 7, 2017 4:10 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

GLOBAL Beberapa individu bersenjata api menyerang parlimen dan makam pemimpin Revolusi Iran Ayatollah Khomeini di selatan Iran, dalam dua insiden berasingan, hari ini.

Serangan oleh tiga individu, seorang bersenjata pistol dan dua lagi dengan senapang AK-47, mencederakan beberapa orang dan mengorbankan sekurang-kurangnya seorang pengawal parlimen.

Memetik media rasmi republik itu, Reuters memetik anggota parlimennya Elias Hazrati sebagai berkata semua pintu parlimen telah ditutup dan penyerang telah dikepung oleh pasukan keselamatan.

Dalam serangan di makam Khomeini pula, seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di tempat ini, menurut agensi berita Fars.

Penyerang itu juga dilapor meletupkan diri sendiri.

Identiti dan motif serangan setakat ini masih belum jelas.

Lihat Komen
ADS