Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bekas pengarah 1MDB bakal terajui Media Prima
Diterbitkan:  Jun 7, 2017 4:25 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengesahkan bekas pengarah syarikat negara yang bermasalah 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail akan dilantik sebagai pengerusi baharu Media Prima Bhd.

Salleh, yang juga Bendahari Umno, berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai perubahan yang akan berlaku dalam pucuk pimpinan Media Prima berikutan pelantikan Ismee baru-baru ini sebagai ahli lembaga bebas syarikat itu, kumpulan media terbesar di Malaysia.

Media Prima adalah sebuah kumpulan pelaburan media bersepadu terkemuka yang mempunyai kepentingan ekuiti di stesen televisyen, akhbar, stesen radio, penciptaan kandungan dan media digital.

Stesen televisyen di mana syarikat itu mempunyai kepentingan termasuk TV3, 8TV, ntv7 dan TV9.

Media Prima memiliki 98 peratus kepentingan ekuiti dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), yang menerbitkan New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Ismee, seorang akauntan bertauliah, juga pernah menjadi Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji. Beliau meninggalkan agensi itu tahun lalu.

Ismee juga pernah memegang jawatan dalam KFC Holdings Malaysia Bhd, Syarikat Takaful Malaysia Bhd, BIMB Holdings Bhd, Felda Global Ventures Bhd dan ECM Libra Capital Sdn Bhd.

Pada tahun 2009, beliau merupakan antara pengarah pengasas 1MDB. Semasa tempohnya sebagai lembaga ahli pengarah 1MDB, firma pelaburan milik negara itu berurusan dengan Tabung Haji dan Takaful.

Pada tahun 2015, Tabung Haji membeli sebidang tanah dari 1MDB sebagai sebahagian daripada rancangan untuk dijadikan sebahagian daripada projek Tun Razak Exchange (TRX). 1MDB adalah pemilik projek TRX ketika itu.

 

Lihat Komen
ADS