Ketua pembangkang DUN Selangor digantung enam bulan lagi
Kerana enggan memohon maaf ekoran tindakannya membuang buku peraturan tetap dewan ke dalam bakul sampah sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor April lalu, Ketua pembangkang Teng Chang Khim digantung daripada menghadiri sidang dewan tersebut selama enam bulan lagi.
Kerana enggan memohon maaf ekoran tindakannya membuang buku peraturan tetap dewan ke dalam bakul sampah sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor April lalu, Ketua pembangkang Teng Chang Khim digantung daripada menghadiri sidang dewan tersebut selama enam bulan lagi.
Berikutan penggantungan tersebut, Satim berkata, semua elaun dan keistimewaan Teng sebagai wakil rakyat ditarik balik berkuatkuasa hari ini.
Sebelum ini, wakil rakyat DAP bagi kawasan Sungai Pinang itu, digantung selama lima hari daripada menghadiri sidang dewan mulai hari ini.
Usul penggantungan Teng dibawa oleh Datuk Salamon Selamat (BN-Batu Tiga) dan disokong oleh Datuk Teh Kim Poo (BN-Pandamaran) di hadapan Speaker Dewan Tan Sri Onn Ismail.
Ketika Salamon membaca usul tersebut, rakan Teng, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) mencelah berkali-kali dan menyatakan usul itu "zalim dan merupakan 'Black Monday' kepada DUN Selangor".
Buang buku
Ng mendesak dewan supaya menarik balik hukuman penggantungan lima hari yang dikenakan terhadap Teng, yang diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan dalam mesyuaratnya pada 25 April lalu, selepas berlaku kejadian membuang buku itu.
Timbalan Speaker Datuk Mohamad Satim Diman mengumumkan keputusan menggantung Teng selama enam bulan, apabila sidang dewan disambung semula selepas waktu rehat tengah hari.
Menurut Satim, jika Teng masih enggan "meminta maaf secara sopan" selepas tempoh enam bulan tersebut, beliau akan dikenakan hukuman penggantungan selama setahun.
Sebaik sahaja keputusan itu dibacakan, Ng bangun dengan terus meninggalkan dewan, diikuti sorakan penyokong kerajaan.
Pada 25 April lalu, Teng bertindak membuang buku peraturan tetap dewan kerana tidak puashati dengan tindakan Onn menolak usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung isu Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.