Anggota parlimen Kelana Jaya Wong Chen menggantung program bulan kebajikan di kawasannya susulan sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Wakil rakyat PKR itu menyatakan perkara itu di Facebook beliau hari ini, yang antara lain meminta pemohon tidak menghabiskan wang untuk perbelanjaan pengangkutan semata-mata untuk ke pejabatnya.

Tahun 2017 sepatutnya menjadi tahun keempat program itu dijalankan di kawasan parlimennya. Ia digerakkan melalui dana kerajaan negeri.

Pejabat beliau dikatakan telah memproses kira-kira 300 permohonan.

Wong ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan penggantungan itu.

Penjelasan di Facebook beliau bagaimanapun berkata ia dibuat susulan faks yang diterima daripada kerajaan Selangor, Jumaat lepas.

“Sudah bincangkan perkara ini dengan kakitangan saya, kami putuskan untuk gantung program bulan kebajikan sehinggalah tempoh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Wong berkata mereka akan menumpukan kembali usah untuk mengkaji dasar-dasar awam dan membekalkan latihan kepada pelatih berkaitan kajian berkaitan dasar-dasar negara ini

Bulan lalu, pejabatnya diaudit oleh perbendaharaan negeri Selangor, yang menurutnya dibuat tanpa pengetahuan beliau.

[Baca berita asal]