Paling Popular
Terkini

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta rakyat negara ini tidak mempercayai portal Sarawak Report.

Katanya apa saja yang dilaporkan laman sesawang yang sering mendedahkan dakwaan berkait dengan kerajaan negara ini adalah tidak benar.

Katanya, hakikat itu diakui sendiri oleh salah seorang bekas editornya.

"Sarawak Report ialah akhbar atas talian yang hanya bertujuan untuk memfitnah pemimpin kita.

"Seperti yang kita tahu ada dokumen yang mereka ubah suai. Kredibiliti mereka dipertikaikan.

"Hakikatnya semua yang mereka laporkan tidak benar. Bekas editor mereka sendiri mengakuinya," kata Salleh kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditemui media sempena majlis mengagih-agihkan bubur lambuk di KL Sentral.

Walaupun Salleh tidak menyebut sebarang laporan secara khusus, beliau dipercayai merujuk kepada terbitan terbaru Sarawak Report mengenai dakwaan Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada Tan Sri Shafee Abdullah.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan laporan itu atau mengapa bayaran berkenaan dibuat.

Perdana menteri dan Shafee belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengulas dakwaan Sarawak Report yang disiarkan pada 31 Mei lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS