Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman fitnah Pemuda Gerakan dipindahkan ke Pulau Pinang

Saman fitnah yang difailkan oleh Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd terhadap Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur kini akan didengar di Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail membuat keputusan itu di dalam kamar hari ini selepas beliau membenarkan permohonan Loo untuk memindahkan kes itu dari KL ke Pulau Pinang.

"Ini akan menyenangkan kebanyakan saksi yang adalah dari Pulau Pinang. Perbincangan itu dibuat hari ini dan pesuruhjaya kehakiman membuat keputusan yang memihak kami," kata peguam Loo, Ong Siang Liang.

Selain Ong, Loo juga diwakili oleh peguam Andy Yong dan Chai Ko Thing manakala Tengku Haris Syazwani Tengku Roslan mewakili Zenith-BUCG.

CZBUCG menyaman Loo berikutan kenyataannya pada 23 Jun tahun lalu dengan dakwaan beliau secara melulu menuduh firma berkenaan mengaut 'keuntungan tidak munasabah daripada kajian kemungkinan, reka bentuk terperinci dan tiga lebuh raya bagi terowong dasar laut'.

Loo enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.

Sebelum ini, Loo mendedahkan 'episod satu daripada skandal terowong bawah laut Pulau Pinang' dengan mempersoalkan kos sebenar kajian kemungkinan dan reka bentuk terpeinci bagi projek itu.

Loo mendakwa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci bagi terowong dasar laut dan tiga lebuh raya itu hanya berharga RM90 juta (AS$22 juta) dan bukan RM305 juta seperti didakwa kerajaan Pulau Pinang.

Jumlah RM90 juta itu, katanya, telah didedahkan di laman web bahasa Cina, China Railway Construction Group, salah satu daripada rakan kongsi Consortium Zenith BUCG-(CZBUGG), firma yang mendapat kontrak untuk membina terowong dan tiga jalan.

Syarikat itu mendedahkan jumlah tersebut apabila menandatangani perjanjian bagi projek dengan CZBUCG pada bulan Oktober 2013, kata Loo.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS