Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Halal atau tidak? Ikuti jawapan Jakim
Diterbitkan:  Jun 15, 2017 1:04 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerbitkan satu koleksi mesej yang mendakwa barangan makanan di pasaran yang tidak halal, dalam usaha untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang terus beredar di kalangan umat Islam.

Ini termasuk dakwaan bahawa daging babi dijual sebagai daging halal di rangkaian pasar raya borong popular dan produk makanan popular seperti sardin dalam tin atau berus gigi diperbuat daripada produk babi.

“Dalam usaha pihak kami memudahkan carian dan rujukan pengguna, dialbumkan keseluruhan jawapan dan penjelasan kepada isu-isu halal yang tular (viral) saban tahun di media sosial ini.

“Semoga usaha ini akan menutup serapat-rapatnya jalan-jalan yang membawa kepada tular (viral) berulang, fitnah dan tohmah dalam kalangan pengguna di luar sana,” katanya

Ia juga menggunakan hashtags #YakiniHalalMalaysia #SemakSebelumSebar #TabayyunSebelumMenghukum #JauhiFitnah&Tohmah #MogaDiRahmatiAllah.

Album berkenaan memuatkan 45 paparan skrin mesej yang terus beredar di kalangan umat Islam disertai dengan penjelasan Jakim serta tarikh agensi itu membuktikannya sebagai mesej palsu atau dakwaan yang tidak benar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS