Gerakan Segambut alih sokongan kepada Koh Tsu Koon
Gerakan Bahagian Segambut, yang selama ini merupakan penyokong kuat Timbalan Presiden, Datuk Seri Kerk Choo Ting, membuat kejutan apabila menjanjikan sokongannya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang akan bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.
Gerakan Bahagian Segambut, yang selama ini merupakan penyokong kuat Timbalan Presiden, Datuk Seri Kerk Choo Ting, membuat kejutan apabila menjanjikan sokongannya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang akan bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.
Bahagian itu, yang diketuai oleh pengerusi Gerakan Kuala Lumpur, Datuk Dr Tan Kee Kwong membuat keputusan menghulurkan sokongan kepada Koh semasa mesyuarat bahagian itu di sini, kelmarin.
Setiausaha bahagian Segambut Chung Chee Kin berkata mesyuarat itu dipengerusikan oleh Dr Tan sendiri, yang juga merupakan naib presiden Gerakan.
"Kami, bahagian Segambut mahukan parti kita kekal bersatu dan kuat dan oleh itu akan menghulurkan sokongan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti kali ini," katanya dalam satu kenyataan.
Tindakan terbaru itu menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli dan pemerhati parti, yang pada awalnya beranggapan bahagian tersebut akan menghulurkan sokongannya kepada Dr Kerk untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatan timbalan presidennya.
Tidak boleh paksa
Bahagian itu juga menyatakan sokongan kepada Dr Tan untuk mengekalkan jawatannya sebagai naib presiden Gerakan.
Sementara itu, Dr Tan apabila dihubungi oleh Bernama menyifatkan arahan presiden parti Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang meminta semua jawatankuasa perhubungan negeri menyatakan pemimpin pilihan mereka sebelum pemilihan parti, sebagai tidak selari dengan perlembagaan parti.
"Tiada peruntukan dalam perlembagan parti (yang menyebut) anda boleh memaksa negeri-negeri mengambil pendirian masing-masing," katanya.
Beliau berkata pemilihan parti adalah proses demokrasi, ahli-ahl parti berhak untuk bertanding dan untuk mengundi calon pilihan mereka sebagai pemimpin.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.