Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Menteri: Pembangkang lancar balik kempen anti-Rosmah
Diterbitkan:  Jun 15, 2017 5:54 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Datuk Seri Said Keruak membidas pembangkang yang didakwa melancarkan semula kempen buruk terhadap isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pembangkang menyebarkan berita palsu yang tidak disokong oleh bukti yang mendakwa pelbagai perkara melibatkan Rosmah.

“Malah, banyak daripada berita itu sudah terbukti palsu apabila mula-mula muncul bertahun-tahun lalu.

"Jadi, sekali lagi, Malaysia dihidangkan dengan pesta pembohongan,” katanya.

Bagaimanapun tidak jelas Salleh merujuk kepada siapa memandangkan tiada mana-mana kenyataan berkaitan Rosmah oleh pemimpin pembangkang dilaporkan akhir-akhir ini.

Dalam blognya hari ini, Salleh berkata pembangkang terus berharap rakyat Malaysia memberi perhatian kepada “cerita lama” berkaitan kegiatan beli-belah Rosmah daripada isu calon perdana menteri mereka.

Katanya, pembangkang juga kini bergantung kepada pengalihan tumpuan kerana isu 1MDB telah menjadi “strategi gagal” mereka.

“Jadi sekarang rakyat Malaysia sekali lagi disumbatkan dengan pembohongan-pembohongan berkaitan Rosmah,” katanya.

Lihat Komen
ADS