Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Bolehkah Najib kekal tanpa jawab 10 perenggan maut DOJ’
Diterbitkan:  Jun 16, 2017 5:13 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang belum habis membaca keseluruhan 251 muka surat pemfailan mahkamah terbaru oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dengan skandal 1MDB.

Walau bagaimanapun, setakat ini beliau telah menemui "10 perenggan maut" dan tertanya-tanya sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membaca keseluruhannya sebelum mengisytiharkan tiada apa perkara baru dalam dokumen berkenaan.

"Saya merujuk kepada perenggan 339-348 di bawah tajuk '$681 juta dipindahkan dari akaun Tanore ke akaun milik Malaysian Official 1,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemimpin DAP itu berkata perenggan berkenaan secara langsung mengaitkan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib dengan 1MDB tetapi digambarkan sebagai derma dari keluarga diraja Arab Saudi.

Lim juga membetulkan kenyataan Apandi berhubung rasal kesal peguam negara itu terhadap sindiran DOJ terhadap Perdana Menteri.

"Untuk maklumat Apandi, mereka bukan menyindir tetapi secara terbuka dan langsung, kerajaan kerajaan AS berkata perdana menteri telah berbohong apabila mendakwa wang RM2.6 bilion itu sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi," katanya.

"Saya belum selesai membaca semua 251 muka surat saman kleptocratik DOJ itu yang bertujuan untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion berkaitan 1MDB, tetapi saya boleh berkata, bahawa Apandi pastinya salah ketika beliau mengatakan bahawa tiada apa yang baru dalam saman itu.

"Selain daripada maklumat yang menggiurkan tentang apa yang dilakukan oleh Jho Low dengan AS$ 620 juta yang sepatutnya dikembalikan Najib kepada penderma Arab Saudi itu, Apandi harus menyoal sama ada Najib boleh terus menjadi pebagai perdana menteri jika beliau tidak mencabar sepuluh perenggan maut dalam saman itu," katanya.

Najib berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan mendakwa pertuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menggulingkannya.

Pada Januari tahun lalu, Apandi membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Laporan berkaitan

Apandi kesal 'sindiran' DOJ terhadap PM

DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

Pembantu PM: Motivasi pemfailan DOJ lebih dari setakat 'rampas aset'

DOJ: Jho Low belanja AS$10j beli barang kemas untuk model, ibu

'Kapal layar mewah Jho Low dibeli dengan dana 1MDB'

DOJ dakwa anak tiri Najib beli hartanah, poster guna dana dari Aabar BVI

DOJ: 'Derma' dipulangkan diguna beli rantai berlian isteri MO1

Siasatan 1MDB: DiCaprio pulangkan Oscar Brando

Lihat Komen
ADS