MB Tganu: Kita jumpa di mahkamah
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh hari ini mengulangi pendiriannya bahawa tindakan merobohkan 10 replika di perkampungan 'Kerajaan Langit' Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut adalah mengikut proses undang-undang.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh hari ini mengulangi pendiriannya bahawa tindakan merobohkan 10 replika di perkampungan 'Kerajaan Langit' Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut adalah mengikut proses undang-undang.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana tindakan mendirikan struktur binaan tersebut adalah bercanggah dengan Seksyen 129 Kanun Tanah Negara (KTN) dan kerajaan boleh mengambil alih sementara tanah berkenaan dengan mengambil tindakan merobohkan replika itu.
"Kita beri notis pada 24 April, tetapi sehingga 31 Julai lalu, pemilik geran tanah di perkampungan itu tidak tampil ke Pejabat Tanah Daerah Besut untuk selesaikan masalah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Kuala Terengganu hari ini.
Menurut laporan Bernama , Idris berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya isteri pertama Ayah Pin atau Ariffin Muhammad, 65, iaitu Che Minah Remeli, 58, mendapat perintah mahkamah sebelum ini bagi melarang kerja-kerja meroboh premis dan replika di perkampungan tersebut.
Dalam operasi Ahad lalu, beberapa premis dan replika gergasi kecuali rumah kediaman di perkampungan itu telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah aerah Besut, namun lebih 30 rumah di perkampungan tersebut tidak dirobohkan.
Ditanya jika terdapat pihak tertentu yang akan mempertikaikan tindakan Pejabat Tanah Besut itu di mahkamah, beliau berkata pihaknya bersedia untuk berdepan dengan apa jua keadaan.
"Sebabnya, kita yakin bahawa tindakan ini sudah mematuhi undang-undang dan jika ada yang ingin mempertikaikannya, maka kita bertemulah di mahkamah nanti, tidak ada masalah," katanya.
Perintah mahkamah
Semalam, peguam yang mewakili Che Minah berkata pihaknya akan memfailkan tindakan komital (kerana menghina mahkamah) terhadap pihak berkuasa terbabit yang merobohkan binaan raksasa di perkampung Ayah Pin Ahad lalu.
Pejabat Tanah Besut yang mengarahkan binaan raksasa itu dirobohkan selepas membatalkan pemilikan tanah tersebut pada 31 Julai didakwa telah melanggar perintah penangguhan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 21 Jun lalu.
Che Minah, 60, menerima notis daripada pejabat tanah pada 28 April lalu yang memberi tempoh kepadanya selama 30 hari untuk merobohkan binaan tersebut yang antaranya berbentuk kendi dan kapal mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
Dalam afidavit 5 Jun lalu dalam permohonan supaya dibatalkan perintah meroboh binaan di situ, Che Minah mendakwa ada usaha-usaha untuk menukar status penggunan tanah itu dari pertanian kepada bangunan tetapi telah ditolak walaupun kerajaan negeri secara prinsipnya telah meluluskannya lima tahun lalu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.