Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Suspek pengebom 'pengganas' ditembak mati di Brussels

Tentera Belgium menembak mati seorang yang disyaki pengebom berani mati di stesen kereta api pusat Brussels pada hari Selasa tetapi tiada kehilangan jiwa, dalam apa yang yang pihak berkuasa anggap sebagai insiden terbaru keganasan di Eropah.

Lelaki itu melakukan satu letupan kecil di Stesen Pusat di bandaraya itu, kata pendakwa raya, dan kemudian ditembak oleh pasukan peronda tentera yang aktif di Brussels sejak serangan lebih setahun lalu.

Mereka enggan mengulas kenyataan saksi bahawa lelaki itu telah melaungkan slogan mengenai Islam.

Hanya beberapa jam kemudian, selepas pasukan pelupusan bom membersihkan kawasan itu, baru lelaki itu disahkan mati. Tiada sebarang kenyataan mengenai identitinya.

"Kami menganggap ini sebagai serangan pengganas," kata pendakwaraya Eric Van Der Sypt kepada wartawan Grand Place yang berdekatan.

Polis telah membersihkan jalan-jalan di sekitarnya selepas letupan itu, yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam (2.30 pagi waktu Malaysia) kerana pelancong dan penduduk tempatan menikmati keindahan malam musim panas. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS