Anwar: MCA, Gerakan gagal pertahan hak masyarakat Cina
Sikap MCA dan Gerakan sebagai 'pak turut' kepada Umno akan menghalang parti itu menegakkan hak-hak masyarakat Cina secara berkesan, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sikap MCA dan Gerakan sebagai 'pak turut' kepada Umno akan menghalang parti itu menegakkan hak-hak masyarakat Cina secara berkesan, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"MCA dan Gerakan betul pun sokong, tak betul pun sokong dasar Umno...Jadi masyarakat Cina mesti menuntut perubahan," katanya.
Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat's (PKR) menegaskan demikian ketika berucap di majlis dialog dan makan malam di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau juga mengulangi bantahan PKR terhadap dasar kerajaan melaksanakan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah.
"... Gerakan dan MCA tidak mengatakan tidak (kepada dasar itu) kerana ia adalah dasar Umno," katanya disambut tepuk gemuruh lebih 1,000 orang hadirin.
Masyarakat pendidik Cina membantah keras dasar kerajaan itu yang mereka anggap sebagai satu percubaan untuk menghakis pendidikan bahasa ibunda.
Mengenai skandal AP kereta, Anwar berkata, MCA dan Gerakan sekali lagi gagal menyuarakan pandangan masyarakat Cina berhubung perkara tersebut.
Siapa yang mahukan DEB?
Bekas timbalan perdana menteri itu juga mengkritik Pemuda Umno yang pernah dipimpinnya suatu ketika dahulu, kerana menuntut dihidupkan semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menghunus keris ketika perhimpunan agung pergerakan itu baru-baru ini.
"Siapakah yang menuntut dihidupkan semula DEB? Orang Melayu kaya yang menuntutnya. Adakah orang Melayu biasa menerima sebarang faedah daripada dasar tersebut," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau dan anggota keluarganya menerima permohonan maaf dari bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dengan niat yang baik.
Kelmarin, Rahim membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah kerana menyerang dan memukul Anwar ketika beliau dalam tahanan polis pada bulan September 1998.
Turut hadir di majlis malam tadi ialah isteri beliau, yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden, Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan diplomat asing.
Anwar yang sedang bercuti dari tugasannya di United Kingdom, dijadualkan memberi satu lagi ceramah mengenai DEB di Hotel Pearl International Sabtu ini. Terjemahan/ berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.