Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BERSIH belum putuskan sertai himpunan anti-kleptokrasi
Diterbitkan:  Jun 29, 2017 1:47 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH belum memutuskan sama ada akan menyertai perhimpunan anti-kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan pada bulan September.

Ketika dihubungi, pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah memberitahu Malaysiakini: "Kami akan mempertimbangkan keperluan politik dan juga isu-isu utama yang perlu ditangani, untuk menyelamatkan negara ini daripada krisis politik, ekonomi dan kewangan."

Mengulas mengenai keperluan politik yang dinyatakannya itu, beliau berkata sama ada isu politik yang dikemukakan pada perhimpunan nanti mampu meningkatkan kesedaran dan harapan di kalangan rakyat Malaysia.

"Selain isu korupsi, terdapat juga isu-isu penting lain. Kita sepatutnya membina Malaysia yang lebih baik," kata Maria.

Semalam, presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa parti pembangkang akan mengadakan perhimpunan ‘Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ sebagai reaksi mereka kepada saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) AS dalam isu 1MDB.

Siri jelajah himpunan itu akan bermula di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 6 Julai.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS